Sekolah menengah di Malaysia Pendidikan_menengah

Pendidikan menengah di sini adalah dijalankan di:-

Sekolah Berasrama Penuh

Hanya pelajar terpilih dari segi akademik layak untuk masuk ke sekolah ini. Pelajar berhak memilih bahasa tambahan seperti bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan bahasa Arab. Pelajar yang memasuki SBP aliran agama wajib mengambil bahasa Arab seperti KISAS, SBPI Gombak .Turut digelar SBP.MRSM(Maktab Rendah Sains Mara)

Sekolah Menengah Teknik & Vokasional

Dipilih selepas tingkatan tiga iaitu selepas PT3 berdasarkan keputusan PT3 masing-masing. Pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang diserap ke aliran teknik, pelajar dengan keputusan sederhana akan diserap ke aliran vokasional dan pelajar yang mendapat keputusan yang agak 'teruk' akan diserap ke aliran kemahiran. Turut dikenali sebagai SMT/SMTV

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Dipilih daripada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam UPSR mahupun PT3 (sebelum ini PMR). Pelajar yang memasuki sekolah ini akan diajar bahasa Arab. Pada sebelah petang dan malam akan diajar subjek agama. Selalunya bab-bab fiqh (fekah). Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah contohnya Universiti Madinah dan Universiti al-Azhar boleh mengambil peperiksaan agama iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia atau STAM yang hanya ada di Sekolah Agama Negeri atau SAN dan Sekolah Agama Rakyat atau SAR kerana sekolah-sekolah ini mengguna pakai Al-Azhar Bu'uth(sukatan). Turut digelar SMKA.

Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar dibahagikan kepada aliran tertentu seperti sains, perdagangan atau sastera. Sewaktu berusia tujuh belas atau lapan belas tahun iaitu di tingkatan lima, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Sekiranya lulus mereka boleh meneruskan pelajaran menengah di tingkatan enam dan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM ataupun mengambil peperiksaan lain seperti A-levels.

Lihat juga: Pendidikan Menengah Malaysia